Wednesday, April 23, 2008

Ini asal usul kita

Menurut hadis, barang siapa yang hidupnya pada hari ini lebih buruk berbanding hari semalam maka merekalah orang orang celaka.

Tuesday, January 15, 2008

WAKTU DULU-DULU...

Selamat tinggal 2007 yang penuh dengan 1001 cerita yang kini menjadi sejarah hidup kita.. Seperti biasa apabila datangnya tahun baru setiap daripada kita mula sibuk memikirkan tentang azam baru yang akan kita jadikan prinsip sepanjang tahun tersebut.. dah tentu azam itu positif... buruk kepada yang baik, kecik kepada besar satu kepada dua dan macam-macam lagi...

Dah tentu juga bagi umat islam apabila menyambut tahun baru hijrah.. mereka akan mulakan dengan doa akhir dan awal tahun.. tahun baru hijrah 1429 tak kurang juga ada diantara kita yang dah berumur baru pertama kali dalam hidupnya mendengar imam membacakan doa awal tahun.. menginsafi serta muhasabah diri pada setiap akhir dan awal tahun adalah sesuatu yang sangat mulia dalam mengenal diri sendiri...

Setidak-tidaknya, jika dikenangkan zaman kita kecil-kecil dulu pasti akan membuatkan kita tersenyum sorang-sorang.. mana tidaknya, waktu tu kita main bola sakan didalam ujan lebat bersama dengan kawan-kawan kampung kita, masa tu, kitalah jaguhnya.. pantang dapat bola mesti bergegar jaring gol... tak cukup dengan itu... cakap je paya mana kat area kampung kita tu.. semuanya dah diredah... tahan ikan dalam tin dan macam-macam lagi perkara yang ketika ini bila dikenang-kenangkan adalah mustahil bagi aku nak buat menda-menda macam tu..

Sekarang ni, kena hujan sikit je dah mula kepala pening.. demamlah dan bila ada game futsal je kat ofis tu.. dah mula menggelabah nak cari fitness.. takut semput... macam-macam... mungkin dah terasa perubahan masa yang sangat cepat berlalu..